KEK PISANG
▼
Tuesday, February 21, 2017
CUCUR@CEKODOK PISANG...
CUCUR@CEKODOK PISANG
rujukan : FB@MAHN/Ita Rohaya; (sangat sedap & lembut)...
Bahan-Bahan :
500 gm pisang yang disukai - dilecek
80 gm tepung beras
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonate
2 sudu besar gula pasir (nak tambah pun boleh)
Cara-Cara :
Panaskan minyak secukupnya. Sebatikan pisang yang dilecek, tepung gandum, tepung beras, soda bikarbonate dan garam di dalam mangkuk adunan. Bila minyak telah panas baru tambahkan gula pasir dan gaul sebati. Adunan sudah siap untuk digoreng. Minyak jangan terlalu panas nanti kuih cepat hangus. Sebaiknya goreng menggunakan kuali non-stick.
TIPS : Jangan memasukkan gula pada saat awal mengadun tetapi dimasukkan saat akhir bertujuan merangupkan tekstur kuih cucur@cekodok anda.
- Untuk mendapatkan bentuk kuih yang comel bulat-bulat, selepas dimasukkan ke dalam kuali, guna sudip gelek-gelekkan perlahan-lahan dipermukaan kuih...
No comments:
Post a Comment