KEK PISANG
▼
Sunday, February 26, 2017
IKAN TENGGIRI CHUAN CHUAN...
IKAN TENGGIRI CHUAN CHUAN
rujukan : Majalah RASA Okt. 2016...
Bahan-Bahan :
3 keping ikan tenggiri
Kunyit & garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan-Bahan Tumis :
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 sudu makan taucu
1/2 mangkuk air asam jawa
Bahan-Bahan Hiasan :
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya
Cara Memasak :
1. Lumur ikan dengan kunyit dan garam. Goreng ikan tenggiri sehingga garing. Ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan hirisan cili merah sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa.
4. Biarkan kuahnya pekat sedikit. Apabila pekat, masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa. Kacau sekata.
5. Setelah masak, tuangkan kuah ke atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
6. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang sebagai hiasan...
No comments:
Post a Comment