KEK PISANG
▼
Sunday, February 26, 2017
TAUGE GORENG...
TAUGE GORENG
rujukan : buku masakan Hanieliza...
Bahan-Bahan :
300 gm tauge kasar - dibuang akar (saya guna tauge biasa jer)
50 gm daun kucai - dipotong pendek
100 gm udang segar - dibuang kulit
2 keping tauhu - dipotong dadu kecil & digoreng seketika
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan ditumbuk/dihiris :
3 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan gorengkan tauhu hingga masak.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dihiris dan udang hingga wangi.
3. Masukkan tauge, kucai dan garam. Kemudian kacau rata. Biarkan tauge masak.
4. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment