KACANG PANJANG GORENG BERLADA
rujukan : Majalah Aroma April 2013...
Bahan-Bahan :
20 batang kacang panjang - potong 2 inci
2 keping tauhu - potong kecil
2 sudu besar air asam jawa
Gula & garam secukupnya
Sedikit minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1/2 inci lengkuas
50 gm ikan bilis
1 cm belacan bakar
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan tauhu dan kacang panjang, kacau sehingga kacang bertukar warna.
3. Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasa.
4. Angkat dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment