KEK PISANG
▼
Wednesday, February 15, 2017
SAMBAL DAGING...
SAMBAL DAGING
rujukan : buku masakan Chef Hanieliza...
Bahan-Bahan :
500 gm daging - dihiris nipis & kecil (saya guna daging batang pinang)
1 labu bawang besar - dipotong bulat
3 sudu besar sos tomato
2 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Bahan Kisar :
20 tangkai cili kering - direndam dalam air panas sehingga lembut & toskan
10 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan yang dikisar sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan daging yang sudah dibasuh dan toskan.
3. Masakkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan sos tomato, garam dan gula secukupnya. Kemudian kacau rata.
5. Masukkan bawang besar dan daun limau purut. Kacau rata sekali lagi.
6. Sesuaikan rasa garam dan sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment