KEK PISANG
▼
Thursday, February 16, 2017
KUIH SERIMUKA...
SERIMUKA
rujukan : jendeladapursuriantiramli...
Bahan Lapisan Bawah :
2 cawan beras pulut - cuci bersih, rendam 30 minit & toskan (saya guna beras pulut susu)
1 cawan santan
1 cawan air
secubit garam
Cara-Cara :
Panaskan periuk kukusan. Masukkan beras pulut bersama bahan di atas ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat/persegi, gaul sebati dan kukus selama 30 minit. Setelah masak, kacau sebati dan tekan-tekankan supaya padat di dalam loyang.
Bahan Lapisan Atas :
3 biji telur gred A/B
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan bersama air, tapiskan)
1 1/4 cawan santan
beberapa titis pewarna hijau
Cara-Cara :
Satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk/kuali non-stick. Masak di atas api perlahan sambil mengacau selama 2-3 minit (naik wap). Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan serimuka akan jadi tidak licin.
Penyediaan :
Tuangkan bahan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air menitis di atas permukaan serimuka. Kukus selama 40 minit atau hingga masak sepenuhnya. Tutup api...
PENTING!!! .... Tunggu serimuka betul-betul sejuk, anggaran 4-5 jam baru dipotong. Kalau potong semasa panas, akan jadi lembik bahagian atasnya...
No comments:
Post a Comment