KEK PISANG
▼
Thursday, February 16, 2017
RENDANG...
RENDANG AYAM
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
1 cawan santan
1 sudu makan kerisik
1 sudu makan gula melaka
1 helai daun kunyit - dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan Kisar :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering - rendam seketika & toskan
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar dan goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan ayam empuk dan masak sebati bersama rempah.
3. Masukkan santan, garam, gula dan gula melaka. Biarkan mendidih dan agak pekat.
4. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
5. Biarkan seketika dan tutup api.
No comments:
Post a Comment