KEK PISANG
▼
Thursday, February 16, 2017
NASI MINYAK...
NASI MINYAK
rujukan : DapurTanpaSempadan...
Bahan-Bahan :
4 cawan beras basmathi - rendam 20 minit & toskan
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
4 sudu makan minyak sapi
4 cawan air
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 helai daun pandan - disimpul
3 ulas bawang putih - kisar halus
4 cm halia - kisar halus
2 sudu kecil garam
secubit gula
Bahan Rempah Tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit pewarna kuning atau hijau
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi di dalam periuk letrik. Tumis rempah tumis dan bawang besar sehingga harum dan bawang layu. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuangkan air dan biarkan mendidih.
2. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, tutup api dan alihkan periuk ke dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan tanak/masak seperti biasa.
3. Bila nasi hampir kering, buat beberapa lubang dan titiskan pewarna, taburkan kismis dan daun ketumbar jika suka. Biarkan nasi betul-betul masak.
4. Gemburkan dengan garfu dengan perlahan, sekadar bergaul mesra. Taburkan bawang goreng, hirisan daun sup/daun bawang, gajus goreng dan kacang pis (jika suka)...
No comments:
Post a Comment