SALAD TELUR
rujukan : Hanieliza...
Bahan-Bahan :
4 biji telur rebus
1 pokok daun salad hijau
3 biji tomato
1 batang timun
Bahan Sos :
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu besar minyak jagung
1 biji limau kasturi - diambil jusnya
Cara Penyediaan :
1. Telur rebus dikupas kulit dan dihiris kasar/dibelah dua.
2. Hiriskan tomato dan timun, kemudian bersihkan daun salad.
3. Bancuh semua bahan untuk sos.
4. Susunkan di dalam pinggan dan tuangkan sos yang dibancuh tadi.
5. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment