KEK PISANG
▼
Tuesday, March 7, 2017
SAMBAL KENTANG CAMPUR IKAN BILIS...
SAMBAL KENTANG CAMPUR IKAN BILIS
rujukan : resipinannie...
Bahan-Bahan :
4 biji ubi kentang yang besar - boleh tambah
1 cawan ikan bilis - boleh tambah
2 biji bawang besar
Garam & gula secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa
Bahan-bahan dikisar halus :
3 biji cili kering - rendam dalam air panas sehingga kembang
4 biji cili merah - boleh tambah
4 biji cili api
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih yang besar
Belacan sebesar syiling 50 sen
Sedikit air
Cara Memasak :
1. Ubi kentang dikupas serta dipotong (ikut citarasa), rebus cili kering atau direndam dalam air mendidih sehingga kembang. Kisar semua bahan dan ketepikan.
2. Basuh ikan bilis dan toskan kemudian digoreng ikan bilis sehingga agak garing. Goreng pula ubi kentang sehingga empuk lembut, toskan dan ketepikan dulu.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan gula, air asam jawa dan kacau sebati. Biarkan cili masak sampai bertukar warna dan pecah minyak.
4. Bila sambal dah masak, masukkan bawang besar yang dipotong nipis membulat dan kacau sampai bawang layu. Masukkan ikan bilis dan ubi kentang goreng tadi kemudian masukkan garam secukup rasa, teruskan kacau lagi sampai semua bahan mesra.
5. Kacau sambal dalam 1-2 minit lagi dan boleh lah ditutup api dapur. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas...
No comments:
Post a Comment