KEK PISANG
▼
Thursday, April 6, 2017
PAJERI NENAS...
RESIPI PAJERI NENAS
rujukan : iresepi.com
Jumlah Hidangan : 5
Bahan-Bahan :
1 biji nenas, saiz kecil
1 bungkus kecil serbuk kari ikan/daging
4 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 sudu besar udang kering ATAU ikan bilis * (* ditumbuk kasar)
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1 inci halia - hiris nipis
1 senduk minyak
Garam & gula secukup rasa
Bahan Rempah Tumis :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil halba campur
Cara Memasak :
1. Kupas kulit nenas dan potong membulat anggaran tebal 1.5cm setiap hirisan kemudian dibelah 2 setiap hirisan.
2. Masak air sehingga mendidih dan rebus nenas seketika (anggaran 4-5 minit) supaya masam dari nenas dapat dikurangkan. Angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan udang kering dan kacau seketika. Masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering untuk elakkan dari cepat hangus.
5. Masukkan nenas, masak sehingga nenas lembut. Masukkan pati santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa. (TIPS : Lebihkan gula kerana pajeri lebih sedap jika manis).
6. Masak sehingga kuah menjadi pekat...
No comments:
Post a Comment