KEK PISANG
▼
Tuesday, April 4, 2017
TEMPE GORENG IKAN BILIS...
TEMPE GORENG IKAN BILIS
rujukan : Ruzita's Kitchen...
Bahan-Bahan :
1 keping tempe - potong kecil
1/2 cawan ikan bilis - cuci bersih & toskan
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 tangkai cili padi - hiris
1 tangkai cili merah - hiris serong
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Tempe digaul bersama garam. Panaskan minyak, goreng tempe sehingga separuh masak.
2. Masukkan ikan bilis dan kacau rata. Diikuti dengan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga kesemua bahan-bahan masak.
3. Akhir sekali masukkan cili padi, cili merah dan garam secukup rasa. Kacau rata. Angkat dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment