KEK PISANG
▼
Tuesday, May 2, 2017
AYAM LADA HITAM...
AYAM LADA HITAM
rujukan : buku masakan...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - potong sederhana, cuci bersih & toskan
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih * ( * dihiris/ditumbuk, ikut suka)
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji tomato - belah empat
1 biji cili merah - hiris
1 biji bawang besar - hiris bulat
minyak secukupnya untuk menggoreng ayam
Cara Memasak :
1. Ayam digaul bersama garam. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain, masukkan 3 sudu besar minyak lebihan ayam tadi.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
4. Masukkan kicap, sos tiram, sos lada hitam dan serbuk lada putih.
5. Kacau rata. Masukkan gula, biarkan hingga gula larut.
6. Masukkan ayam dan gaul rata.
7. Akhir sekali masukkan bawang besar, tomato dan cili merah. Kacau-kacau seketika, sesuaikan rasa dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan...
assalamualaikum ...wah !! mmg sedap ni...pehhh sedapnya...
ReplyDeleteWaalaikumsalam adda..memang sedap😊
ReplyDeleteWaalaikumsalam adda,memang sedap😊
ReplyDelete