KEK PISANG
▼
Wednesday, May 31, 2017
IKAN MASAK CUKA...
IKAN MASAK CUKA
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
6 ekor ikan selar kuning - disiang, cuci bersih & toskan (resipi asal guna ikan siakap saiz sederhana)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar - potong baji@wedges
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
2 biji cili merah - hiris serong
5-7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
400 ml air
3 sudu besar cuka makan
1/2 batang lobak merah - hiris seperti batang mancis
1/2 batang timun - hiris seperti batang mancis (buang bahagian empulor)
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Goreng ikan yang telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit sehingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
2. Buangkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga terbit bau.
3. Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika. Masukkan air dan cuka makan dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan garam dan gula secukupnya, lobak merah dan ikan yang telah digoreng tadi.
5. Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam-masam kuah meresap pada isi ikan) dan akhir sekali masukkan timun. Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan...
No comments:
Post a Comment