KEK PISANG
▼
Tuesday, May 30, 2017
KARI AYAM MELAKA...
KARI AYAM MELAKA
rujukan : buku masakan dengan sedikit olahan...
Bahan A :
1/2 ekor ayam - potong kecil, cuci bersih & toskan (resipi asal guna 6 ketul ayam)
4 sudu makan serbuk rempah kari daging - dibancuh dengan sedikit air
2 sudu makan cili kering - dikisar
1 keping asam gelugur
2 biji ubi kentang - dibelah 4 setiap sebiji
2 cawan santan
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan B : (Dikisar)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1 batang serai
1 inci halia
1 inci belacan
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Tumis bahan B, cili kering dan rempah kari daging sehingga garing.
2. Masukkan ubi kentang dan santan. Kacau selalu agar tidak pecah minyak. Masak sehingga ubi kentang empuk. (Boleh juga direbus ubi kentang hingga empuk dulu).
3. Masukkan ayam dan asam gelugur. Masak sehingga mendidih dan ayam empuk.
4. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau seketika.
5. Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment