KEK PISANG
▼
Sunday, June 4, 2017
KUBIS GORENG BERSOTONG...
KUBIS GORENG BERSOTONG
rujukan : ruzitakitchen...
Bahan-Bahan :
1/4 biji kubis - dipotong
5 ekor sotong - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
3 biji bawang merah - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar - dihiris bulat
Garam & gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.
2. Masukkan kicap dan sos tiram, kiub pati ayam, garan dan gula secukupnya.
3. Masukkan sotong, perlahankan api, tunggu hingga sotong masak.
4. Masukkan kubis, cili merah dan bawang besar.
5. Kacau dan jangan dibiar kubis sampai layu sangat.
6. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment