KEK PISANG
▼
Sunday, June 4, 2017
SAMBAL TUMIS SARDIN...
SAMBAL TUMIS SARDIN
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
1 tin sardin saiz besar
1 biji bawang besar - hiris bulat
Air asam jawa secukupnya atau 1/4 asam keping
1 sudu teh garam halus
1 biji cili merah - hiris serong
Gula secukupnya
Minyak
Bahan Kisar :
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10-15 tangkai cili kering - direbus dulu
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin seketika. Tutup kuali supaya ianya tidak meletup dan mengotorkan dapur. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar sehingga cili benar-benar masak dan terbit minyak. Masukkan sedikit gula dan kacau lagi. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa atau asam keping. Kalau telah rasa masam, bolehlah dikeluarkan asam keping tadi.
3. Masukkan sos sardin ke dalamnya dan garam secukup rasa. Kacau rata. Jika kering, masukkan sedikit air.
4. Akhir sekali, masukkan ikan sardin, bawang besar dah hirisan cili merah. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang diingini. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment