KEK PISANG
▼
Saturday, June 3, 2017
TELUR LADA HITAM...
TELUR LADA HITAM
rujukan : SAJI 2008 Edisi Pra Ramadan...
Bahan-Bahan :
5 biji telur - direbus dahulu & dikupas kulit
30 gm lada hitam *
5 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah * (* dikisar)
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
1/2 sudu makan kicap pekat
Garam & gula secukup rasa
Minyak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng telur yang telah direbus hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Kemudian tumis bahan yang telah dikisar buat seketika.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan kacau hingga mesra.
4. Perasakan dengan garam dan gula masukkan telur yang digoreng tadi.
5. Gaul mesra dan sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment