KEK PISANG
▼
Saturday, July 29, 2017
AYAM MERAH BUJANG...
AYAM MERAH BUJANG
rujukan : Majalah RASA Mac. 2017...
Bahan-Bahan :
1 kg ayam ~ potong & bersihkan
1 biji bawang besar ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ ketuk
2 batang serai ~ hiris
2 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
1 cawan air
Cara Memasak :
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit bersama sedikit garam.
2. Sementara itu, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis dan tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
4. Seterusnya, masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, kcau dan masukkan sedikit air.
5. Akhir sekali, masukkan ayam, garam dan gula secukupnya, kacau rata. Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika sebelum diangkat, taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang, jika suka dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment