KEK PISANG
▼
Sunday, July 30, 2017
SUP BROKOLI KULIT TAUHU KERING...
SUP BROKOLI KULIT
TAUHU KERING
rujukan : Majalah Sedap Mei 2016...
Bahan-Bahan :
200 gm brokoli ~ dipotong per kuntum
1 tongkol jagung pipil (tak letak)
1 batang lobak merah ~ hiris bulat
2 tangkai daun sup ~ ikat
10 biji telur puyuh rebus
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1/2 labu bawang besar ~ hiris panjang
1 1/2 sudu makan kicap ikan@fish sauce
1500 ml stok ayam (saya guna air biasa dicampur dengan 1 kiub pati ayam)
2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula pasir
50 gm kulit tauhu kering@fucuk ~ potong & rendam hingga lembut
2 tangkai daun bawang ~ potong 1cm
1 sudu makan minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga terbit aroma.
2. Masukkan lobak merah, biarkan seketika hingga sedikit lembut.
3. Kemudian masukkan brokoli, jagung (jika guna), daun sup dan telur puyuh, kacau rata.
4. Masukkan stok ayam, kicap ikan, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir, kacau hingga masak.
5. Masukkan kulit tauhu kering (buangkan airnya) dan daun bawang, kacau rata.
6. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment