KEK PISANG
▼
Sunday, July 30, 2017
BEBOLA DAGING SOS LADA HITAM...
BEBOLA DAGING SOS LADA HITAM
rujukan : dariduniadapurku.blogspot.my
Bahan-Bahan :
20-25 biji bebola daging
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil lada hitam kasar
3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
1/2 biji bawang besar ~ dipotong baji
1 biji tomato ~ dipotong 4 atau 5
1 tangkai lada merah ~ dihiris serong
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Goreng bebola daging sehingga masak keperangan. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk halus.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan serbuk jintan manis dan juga lada hitam kasar. Kacau lagi sehingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato, sos lada hitam dan kicap manis. Tambahkan sedikit air. Masukkan tomato, bawang besar dan lada merah yang telah dihiris.
5. Masukkan bebola daging tadi dan kacau sebati dengan sos sehingga bergaul mesra dan pekat. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
6. Sedia dihidangkan...
NOTA : Sos-sos boleh dilebihkan kalau nak kuah banyak...
No comments:
Post a Comment