SAMBAL TELUR BERSERAI
rujukan : Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
5 biji telur ~ rebus & goreng berkulit
8 biji cili merah *
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih * ( * dikisar )
1 batang serai ~ dititik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik bau, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
2. Akhir sekali masukkan telur yang digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
3. Angkat dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment