KEK PISANG
▼
Monday, August 21, 2017
AYAM GORENG KUNYIT SIMPLE...
RESIPI AYAM GORENG KUNYIT SIMPLE
rujukan : blogopsi.com
Bahan-Bahan :
300 gm ayam ~ bahagian dada
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 senduk minyak masak
4 batang kacang panjang ~ potong 2 inci (tak letak)
1 biji bawang merah ~ hiris nipis
1 biji cili merah ~ hiris nipis (tak letak ganti dengan cili flakes)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar ~ hiris nipis
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Potong dada ayam pada kiub kecil, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap selama lebih kurang 5 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam di atas api besar, kacau-kacau kerap supaya tidak hangus dan keras. Selepas itu masukkan bawang merah, bawang putih dan teruskan mengacau.
3. Bila ayam dah hampir masak, masukkan bawang besar, kacang panjang dan cili merah. Perasakan dengan sedikit gula dan garam secukup rasa. Kacau-kacau selama 1 minit sehingga mesra dan sebati. Angkat dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment