KEK PISANG
▼
Thursday, August 10, 2017
AYAM MADU MERAH...
AYAM MADU MERAH
rujukan : RASA Mac 2017...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ potong sederhana, gaul bersama garam & kunyit
7 sudu makan pes cili kering
4 sudu makan sos tomato
3 sudu makan madu
50 gm sayur campur (saya guna 8 tangkai kacang panjang, dipotong anggaran 1 inci)
4 batang serai ~ titik
Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Kisar Kasar :
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
Bahan Hiris :
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak kemudian goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bahan kisar, serai dan bahan hiris sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan pes cili kering dan gula, gaul sehingga wangi.
5. Seterusnya masukkan sos tomato, garam dan serbuk perasa secukupnya.
6. Jika terlalu kering boleh tambah sedikit air dan masukkan ayam yang digoreng dan sayur campur. Kacau sehingga rata.
7. Sebelum angkat masukkan madu dan kacau seketika dan angkat untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment