KEK PISANG
▼
Thursday, August 10, 2017
SUP RASAM...
SUP RASAM
rujukan : rasa.my...
Bahan A :
6 ulas bawang putih ~ diketuk
3 sudu besar jintan manis ~ ditumbuk kasar
Bahan B :
1 biji bawang merah ~ dihiris
4 tangkai cili kering ~ dipotong/digunting
1 biji tomato ~ dipotong baji
1 tangkai daun kari
Bahan C :
1 liter air
3 sudu besar asam jawa ~ dibancuh dengan sedikit air ambil jusnya
2 sudu besar serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak (anggaran 3 sudu besar), masukkan bahan A dan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan B dan kacau sebati. Biarkan seketika sehingga naik bau.
3. Masukkan air, jus asam jawa dan serbuk kunyit. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan sedikit gula.
4. Didihkan sup rasa lebih kurang 5 minit sebelum menutup api.
INFO : Anda boleh menambah kacang dhal yang sudah direbus empuk ke dalam kuah rasam untuk kelainan dan boleh dinikmati roti atau capati.
Sedap dimakan bersama sambal ikan/ayam/telur. Amat sesuai untuk wanita bersalin dan yang menghidapi selsema...
No comments:
Post a Comment