KEK PISANG
▼
Friday, August 4, 2017
KARI IKAN TANPA SANTAN...
KARI IKAN PARI TANPA SANTAN
Bahan-Bahan :
2 keping ikan pari saiz sederhana besar ~ dibersihkan & dipotong
3 sudu besar rempah kari ikan ~ dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air atau secukupnya
1 sudu besar asam jawa dicampur dengan 1/2 cawan air & diambil jusnya
8 tangkai kacang panjang ~ dipotong anggaran 1 inci
Minyak masak secukupnya
Garam & serbuk perasa secukupnya
Bahan Tumis :
2 hirisan halia ~ hiris halus
1 ulas bawang putih ~ dimayang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
3/4 sudu teh halba campur
2 pelepah daun kari
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan-bahan hiris, halba campur dengan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang dijadikan pes dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air dan air asam jawa dan biarkan mendidih.
4. Masukkan kacang panjang, garam dan serbuk perasa dan biarkan sehingga kacang panjang nampak agak lembut.
5. Akhir sekali masukkan ikan dan biarkan mendidih sehingga secukup sebati. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment