PERIA MASAK TAUCU
rujukan : hanieliza...
Bahan-Bahan :
1 biji sayur peria ~ dibuang bahagian tengahnya & dipotong kecil
3 sudu besar taucu manis
1/2 cawan air
5 biji cili api (sekiranya suka)
3 sudu besar minyak masak
Bahan Hiris :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili hijau (tak letak)
2 biji cili merah
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga layu.
2. Masukkan peria dan cili api.
3. Masukkan air dan taucu kemudian kacau rata. Biarkan mendidih, pekat dan sayur sedikit lembut.
4. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk kegemaran...
No comments:
Post a Comment