KEK PISANG
▼
Thursday, September 21, 2017
KACANG BUNCIS GORENG TELUR PECAH...
KACANG BUNCIS GORENG TELUR PECAH
Bahan-Bahan :
1 paket kacang buncis
2 biji telur
3 biji bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ dihiris
1 tangkai cili merah ~ dihiris menyerong
1 keping tauhu ~ dipotong ikut suka & goreng sehingga masak
Segenggam ikan bilis ~ dicuci bersih & toskan
Sedikit sos tiram
Garam & gula secukupnya
Sedikit air, jika perlu
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Potong kacang buncis secara menyerong, cuci bersih & toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya, tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau.
3. Selepas itu pecahkan telur ke dalamnya, hancurkan dan gaul-gaulkan bersama bahan tumisan tadi.
4. Masukkan kacang buncis, sedikit sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau-kacau lagi sehingga kacang buncis masak seketika. Masukkan sedikit air, jika perlu.
5. Akhir sekali masukkan tauhu yang sudah digoreng dan hirisan cili merah, kacau sebati.
6. Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment