KEK PISANG
▼
Thursday, September 21, 2017
SAMBAL KERING KENTANG & IKAN BILIS...
RESIPI SAMBAL KERING KENTANG
& IKAN BILIS
rujukan : iresipi.com...
Bahan-Bahan :
3 biji kentang ~ dikupas kulit & dicuci bersih
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
Gula secukup rasa
Sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
Minyak masak untuk menggoreng & menumis
Cara Memasak :
1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis bulat. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam secukupnya dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukkan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Gorengkan sehingga garing, angkat dan toskan.
2. Dalam minyak yang sama, gorengkan pula ikan bilis (cuci sekali lalu di bawah air paip) sehingga garing.
3. Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis tadi) dan gorengkan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga ia pecah minyak.
5. Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang yang digoreng tadi. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan. Sedia untuk dihidangkan...
NOTA : Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tetapi jangan terlalu manis nanti sambal tidak sedap pula...
No comments:
Post a Comment