KEK PISANG
▼
Sunday, October 29, 2017
SAMBAL TERUNG PETAI...
SAMBAL TERUNG PETAI
Bahan-Bahan :
2 biji terung panjang
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan cili kisar
1 labu bawang besar ~ dihiris
1-2 keping petai ~ dikupas & ambil isinya
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Tumbuk :
1 sudu makan udang kering ~ direndam sehingga lembut & toskan
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Terung dipotong pendek dan dikelar bahagian tengah.
2. Gaulkan terung dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Panaskan minyak dan goreng terung sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga berbau wangi.
5. Masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga terbit minyak.
6. Masukkan terung, bawang besar, petai dan garam secukup rasa. Kemudian kacau rata.
7. Biarkan seketika sehingga bawang besar sedikit layu.
8. Tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment