KEK PISANG
▼
Monday, November 13, 2017
IKAN MASAK KICAP...
IKAN MASAK KICAP SEDAP
rujukan : DayangJack@DapurKuSayang...
Bahan-Bahan :
4 ekor ikan kembung besar ~ digoreng seperti biasa
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat & digoreng
Sedikit hirisan cili benggala (saya guna cili merah & cili hijau)
Sedikit cili giling
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Bahan-Bahan Kisar :
1/2 labu bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara Memasak :
1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga berbau wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan sos tomato. Kacau sehingga sebati. Masukkan air secukupnya.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan goreng, bawang goreng dan cili benggala. Gaul-gaulkan selama lebih kurang 1 minit. Sesuaikan rasa, tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment