KEK PISANG
▼
Sunday, November 12, 2017
SINGGANG PEDAS IKAN PARI...
SINGGANG PEDAS IKAN PARI
Bahan-Bahan :
1 keping ikan pari bersaiz sederhana ~ dipotong, dibersihkan & ditoskan
1 biji tomato ~ dipotong 6
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1 batang serai *
1 inci kunyit hidup * (* dihiris)
2 biji bawang besar ~ dibelah 6 setiap satu
10 biji cili padi
200 ml air atau secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam & serbuk perisa secukupnya
Cara Memasak :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali ikan dan tomato. Biarkan kuah mereneh.
2. Perlahankan api dan masukkan ikan. Biarkan mereneh seketika sehingga ikan betul-betul masak.
3. Akhir sekali masukkan tomato. Biarkan selama beberapa minit.
4. Sesuaikan rasanya, tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidangkan...
(Petua Mencuci Ikan Pari) :
sumber : rasa.my
1) Gunakan air limau nipis/kasturi/pes asam jawa untuk menghilangkan bau hancing dan segala lendir pada ikan, bilas bersih dan toskan.
2) Boleh juga gunakan pelbagai pes rempah untuk perap ikan. Selain memberi rasa yang sedap, rasa pes ini juga bermanfaat menghilangkan bau hancing ikan...
No comments:
Post a Comment