AISKRIM CHOKI CHOKI
Bahan-Bahan :
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 paket choki choki ~ dipotong 2 setiap satu
4 tin air masak (sukat guna tin susu cair)
2 1/2 sudu besar tepung jagung ~ larutkan dengan sedikit air
Secubit garam
Cara-Cara :
Kacau semua bahan di atas kecuali tepung jagung dan garam sehingga mendidih manja-manja menggunakan api kecil. Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit garam. Biarkan mendidih sekali lagi dan tutup api. Biarkan suam seketika kemudian masukkan ke dalam plastik aiskrim berisi choki choki...
No comments:
Post a Comment