KEK PISANG
▼
Monday, January 29, 2018
SAMBAL SARDIN CILI KERING...
SAMBAL SARDIN CILI KERING
sumber : Majalah RASA Oktober 2017...
Bahan-Bahan :
1 tin sederhana ikan sardin ~ diasingkan kuah & ikan digoreng seketika
8 biji tomato ceri (saya ganti dengan kacang peas@snow peas)
1 biji ubi kentang ~ dihiris & digoreng seketika
3 sudu makan pes cili kering
1/3 biji bawang besar ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dicincang
Daun bawang secukupnya ~ dihiris
Garam secukup rasa ~ tambah gula jika perlu
3 sudu makan minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan kuah sardin dan sardin yang telah digoreng. Kacau rata.
4. Kemudian masukkan tomato ceri/kacang peas dan ubi kentang yang telah digoreng.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan juga daun bawang. Masak seketika.
6. Tutup api, angkat dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment