KEK PISANG
▼
Saturday, January 27, 2018
IKAN SIAKAP MASAK KARI...
IKAN SIAKAP MASAK KARI
rujukan : salamisimon1...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan siakap (800 gm) ~ bersihkan & potong 4
2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu besar serbuk kari ikan
2 biji tomato ~ belah 2 (tak letak, tiada stok)
2 biji cili hijau ~ belah 2 tak putus
1 biji cili merah ~ belah 2 tak putus
2 pelepah daun kari ~ lurutkan daunnya
1 sudu besar pati asam jawa
Garam, gula & perasa pilihan secukupnya
Minyak masak
Bahan Kisar :
10 biji cili kering ~ rendam seketika
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya untuk menumis bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Perlahankan api dan masukkan serbuk kari ikan dan daun kari.
3. Gaul rata dan tambahkan 1 cawan air serta pati asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan pekat dan apabila kuah mula mendidih sekali lagi, masukkan ikan siakap.
5. Jangan masak terlalu lama kerana ikan siakap sangat lembut. Berhati-hati ketika membalikkan ikan siakap supaya tidak pecah. Masak diantara 5-7 minit.
6. Masukkan garam, gula, perasa pilihan secukupnya. Masukkan tomato, cili hijau dan cili merah. Setelah santan pekat dan kelihatan naik minyak, tutup api dapur dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment