SAYUR AIR BAYAM DENGAN
KELEDEK
Bahan-Bahan :
1 ikat sayur bayam
3 ulas bawang merah
Segenggam ikan bilis
1 biji keledek ~ potong saiz sederhana kecil
Suhun/fucuk secukupnya ~ direndam hingga lembut
1/2 labu bawang besar ~ hiris nipis
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak :
1. Tumbuk bawang merah dan ikan bilis kemudian satukan bersama 3 cawan air atau secukupnya, bawang besar serta keledek di dalam periuk dan masak hingga mendidih serta keledek lembut.
2. Kemudian masukkan bayam, suhun/fucuk, perasa secukup rasa dan masak seketika sekadar bayam, suhun/fucuk lembut.
3. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment