KEK PISANG
▼
Sunday, February 4, 2018
TELUR REBUS MASAM MANIS...
TELUR REBUS MASAM MANIS
rujukan : Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
4-5 biji telur ayam ~ rebus dan goreng
5 biji bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
1/2 inci halia ~ kisar
1 sudu makan cili kisar
3 sudu makan tomato puri (saya ganti dengan sos tomato)
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau (saya ganti dengan cili merah dan hijau)
1/2 cawan air
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Sedikit daun sup ~ racik (tak letak)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kemudian masukkan pula bahan kisar dan tumis sehingga berbau harum.
2. Setelah pecah minyak, masukkan tomato puri atau tomato sos dan air. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
3. Setelah mendidih dan sedikit pekat kuahnya, masukkan telur dan daun sup.
4. Akhir sekali masukkan hirisan cili benggala merah dan hijau. Kacau sebati.
5. Angkat dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment