KEK PISANG
▼
Thursday, May 24, 2018
AYAM MASAK ASAM PEDAS...
AYAM MASAK ASAM PEDAS
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
1 batang serai ~ dititik
Daun kesom secukupnya
1 tangkai bunga kantan ~ dibelah 5
Air asam jawa (50 gm asam jawa + secawan air, tapis)
3 cawan air
Sedikit lada hitam ~ tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan Kisar :
35 tangkai cili kering ~ gunting, rendam hingga lembut & toskan
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing dan pecah minyak.
2. Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesom. Gaul sebati dan tutup kuali/periuk sehingga ayam agak mengecut.
3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam. Gaul sebati. Tambahkan air secukupnya.
4. Akhir sekali, tutup kuali/periuk dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapatkan kepekatan kuah asam pedas yang diingini.
5. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment