KEK PISANG
▼
Thursday, May 24, 2018
BENDI GORENG TELUR...
BENDI GORENG TELUR
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
15 biji bendi ~ dipotong nipis secara menyerong
2 biji telur ~ dipukul
Sedikit garam, serbuk perasa
Minyak masak
Bahan Kisar :
3 biji cili merah ~ dibuang biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Agak-agak bendi sudah separuh masak bolehlah dicurahkan telur disekelilingnya.
4. Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau. Biarkan sekejap sehingga agak kering dan bolehlah di tutup api. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment