KEK PISANG
▼
Thursday, June 28, 2018
AYAM MASAK HALIA...
RESEPI AYAM MASAK HALIA
PALING SEDAP
rujukan : iresepi.com@Che'Nom...
Bahan-Bahan :
500 gm ayam ~ dipotong kecil
4 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 cm halia ~ hiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar ~ hiris nipis membulat
1 biji cili merah ~ hiris nipis menyerong
1 tangkai daun bawang ~ hiris panjang anggaran 2 cm (tak letak)
1 1/2 sudu kecil tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
Minyak masak secukupnya ~ untuk menggoreng ayam
Sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam
Sedikit garam & serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan sedikit taburan serbuk lada sulah/lada hitam. Kacau-kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambahkan sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan hirisan cili merah dan bawang besar. Kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
6. Angkat dan taburkan dengan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas...
INFO : Hati-hati semasa memasukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan dengan garam semasa menggoreng...
No comments:
Post a Comment