KEK PISANG
▼
Thursday, June 28, 2018
BROKOLI GORENG...
BROKOLI GORENG
Bahan-Bahan :
400 gm brokoli
100 gm lobak merah
4-5 biji cendawan butang ~ dihiris
300 gm daging kisar Ramly
3 sudu besar air
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Menumis : (Dihiris)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
Cara Memasak :
1. Sayur dipotong kecil dan dicuci bersih. Kemudian toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar dan masak sehingga ia berubah warna.
4. Masukkan lobak merah, garam secukupnya dan air kemudian kacau rata.
5. Masak sehingga lobak merah sedikit lembut.
6. Kemudian masukkan brokoli dan cendawan butang. Kacau rata dan tutup kuali.
7. Apabila sayur mendidih, bolehlah dihidangkan...
No comments:
Post a Comment