KEK PISANG
▼
Saturday, June 23, 2018
IKAN BAWAL ASAM MANIS...
IKAN BAWAL ASAM MANIS
sumber : buku masakan Norhayani Mohd Nor
Hidangan : untuk 2 orang...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan bawal
Tepung serbaguna secukupnya
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 biji bawang besar merah ~ dicincang halus
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar pes asam jawa
1 sudu besar serbuk pati ayam
1/2 cawan air
3-4 biji cili padi ~ diketuk
1 sudu besar gula
Cara Memasak :
1. Bersihkan ikan dan toskan. Lumurkan ikan dengan tepung serbaguna secukupnya.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan dalam minyak penuh sehingga garing. Ketepikan.
3. Kelurkan minyak dari kuali. Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis.
4. Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi sehingga wangi.
5. Masukkan air asam jawa yang dibancuh dengan 1/2 cawan air.
6. Kemudian masukkan serbuk pati ayam, sos ikan dan gula. Masak sehingga pekat.
7. Tuangkan sos ini ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan bolehlah dihidangkan...
No comments:
Post a Comment