KEK PISANG
▼
Wednesday, June 20, 2018
OPOR AYAM...
RESEPI OPOR AYAM
sumber : Majalah RASA Julai 2018 ~ Edisi Bumper...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ potong kecil
250 gm santan pekat
5 helai daun limau purut ~ hiris halus
3 helai daun bay
1 keping asam gelugor
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
4 sudu makan minyak masak
2 biji tomato ~ belah empat
1 biji kentang yang direbus empuk ~ belah ikut citarasa (saya tambah)
Garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar :
3 cm halia
3 biji bawang merah sederhana besar
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
3 cm lengkuas
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan masak ayam sehingga ianya kecut.
4. Tuangkan santan ke dalam periuk bersama asam gelugor, daun bay dan masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat.
5. Masukkan daun limau purut, tomato, kentang rebus dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Tutup api dan Opor Ayam sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment