KEK PISANG
▼
Thursday, June 14, 2018
SUP TAUHU JEPUN...
RESEPI SUP TAUHU JEPUN
sumber : youtube@limaunipis.com
Bahan-Bahan :
2 tiub tauhu Jepun ~ digaul dengan tepung jagung & digoreng
1/2 cawan isi ayam
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
500 ml air
1 kiub pati ayam
1 sudu besar tepung jagung ~ dicampur dengan sedikit air
1 biji telur ~ dikocok sedikit
1 sudu besar sos tiram
Sayur-sayuran pilihan (saya guna lobak merah, jagung muda & kacang sepat@snow peas)
1 sudu teh garam
Serbuk lada sulah (optional)
Cara Memasak :
Tumis bawang putih sehingga berbau harum. Masukkan air, kiub pati ayam, sos tiram, bancuhan tepung jagung kemudian masukkan telur, kacau-kacau.
Masukkan isi ayam, sayur campur biarkan selama 3 minit. Akhir sekali masukkan serbuk lada sulah, garam secukup rasa dan akhir sekali tauhu Jepun yang digoreng tadi. Kacau-kacau seketika, tutup api.
Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment