KEK PISANG
▼
Wednesday, June 13, 2018
TENGGIRI KICAP...
TENGGIRI KICAP
sumber : Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
3 keping isi ikan tenggiri ~ perap bersama garam & serbuk kunyit
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
2 cm halia * ( * dikisar halus )
1 biji bawang besar ~ dimayang
2 sudu makan kicap pekat
Kicap manis secukupnya
2 sudu makan cili kering kisar
1 biji tomato ~ didadu (tambahan)
1 keping asam gelugur
1 sudu makan sos cili
Minyak masak secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air
Cara Memasak :
1. Goreng ikan yang telah diperap tadi hingga masak. Ketepikan.
2. Kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos cili dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
4. Masukkan asam gelugur, gula dan juga garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng dan juga tomato, bawang besar yang telah dimayang. Masak sehingga kuah agak pekat.
6. Angkat dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment