KEK PISANG
▼
Sunday, July 22, 2018
AYAM MASAK KICAP DAUN KARI...
AYAM MASAK KICAP DAUN KARI
sumber : Insta@resepisedap...
Bahan-Bahan :
5 ketul ayam ~ gaul garam & serbuk kunyit
1 tangkai daun kari
1/2 cawan kicap manis (saya guna 1/4 cawan jer)
1/2 cawan air
1/2 biji limau purut atau 1 sudu besar air asam jawa (saya guna air asam jawa)
1/2 biji bawang besar ~ hiris bulat
5 biji cili padi hijau ~ belah dua
1 sudu kecil garam
Minyak masak
Bahan Kisar :
5 tangkai cili kering ~ rendam dalam air panas hingga lembut & toskan
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
Cara Memasak :
1. Goreng ayam yang digaul garam kunyit. Tidak perlu goreng garing, sekadar untuk bagi ayam masak sahaja.
2. Tinggalkan agak-agak 2 sudu minyak gorengan ayam dalam kuali dan tumiskan daun kari sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak. Kemudian masukkann kicap manis dan 1/2 cawan air tadi.
4. Masukkan pula ayam yang digoreng, garam dan jus limau purut/air asam jawa. Sesuaikan rasa dan taburkan bawang hiris, cili padi dan matikan api. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment