KEK PISANG
▼
Thursday, July 12, 2018
AYAM MASAK MERAH MADU...
AYAM MASAK MERAH MADU
rujukan : yatiememories...
Bahan-Bahan :
500 gm ayam ~ potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit & sedikit garam
3 sudu besar cili kisar *
6 ulas bawang merah *
1/2 labu bawang besar *
Sedikit halia *
2 ulas bawang putih * ( * kisar halus )
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji cili merah ~ hiris serong
1 biji bawang besar ~ hiris bulat & leraikan
1 biji buah tomato ~ potong dadu
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Ayam digoreng sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
2. Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga terbit minyak. Masukkan sos cili, madu secukupnya dan sedikit air, biarkan mendidih.
3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, tomato, hirisan bawang besar dan hirisan cili merah, gaul rata dan masak sehingga pekat. Sesuaikan rasa dan jika perlu, tambahkan sedikit garam. Angkat dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment