KEK PISANG
▼
Monday, July 2, 2018
MEE GORENG CINTAN...
MEE GORENG CINTAN YANG SEDAP
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
1 paket mee tanpa goreng Cintan 550 gm
10 ekor udang ~ kupas, cuci bersih & toskan
3 ikat sawi Bok Choy ~ asingkan batang & daunnya
1/2 batang lobak merah ~ potong panjang
2-3 biji telur
1 sudu besar cili kering goreng ~ boleh ganti dengan 2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap lemak manis
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya
Bahan Hiris :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam dan minyak masak. Masukkan mee dan rebus dalam 2-3 minit. Jangan terlalu lama, takut mee terlebih kembang dan hancur bila digoreng. Angkat, toskan dan terus lalukan dibawah air paip supaya mee tidak melekat.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi. Masukkan cili kering goreng, sos tiram, sos cili dan kicap lemak manis serta sedikit air.
NOTA : jika guna cili kering kisar, tumiskan sehingga cili masak dan terbit minyak.
3. Masukkan lobak merah dulu. Kemudian masukkan batang sawi Bok Choy. Kacau seketika sebelum dimasukkan udang. Kacau sehingga udang masak.
4. Ketepikan bahan tumis dan pecahkan telur. Bila telur hampir mengeras, baru dikacau-kacau.
5. Masukkan mee yang dicelur tadi bersama daun Bok Choy. Kacau sehingga rata. Jangan terlalu lama kerana mee telahpun direbus.
6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas...
NOTA : Cili kering goreng ialah cili kering yang digoreng dengan sedikit minyak dan kemudian dikisar kering... (seakan cili flakes)...
No comments:
Post a Comment