KEK PISANG
▼
Monday, July 16, 2018
NASI ARAB...
RESEPI NASI ARAB
sumber : Majalah RASA Julai 2018 Edisi Bumper
Saiz hidangan : 6 orang
Keistimewaan : Ayam panggang di dalam nasi menambah perisa dan aroma berempah...
Bahan-Bahan :
2 peha ayam (saya potong dua setiap bahagian)
Bahan Untuk Perap Ayam :
1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
*** Perap 30 minit bersama peha ayam tadi.
Bahan Untuk Nasi :
2 cawan beras basmathi ~ direndam 1/2 jam terlebih dahulu
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
2 cawan air rebusan ayam tadi (boleh juga dilebihkan sedikit bergantung pada beras yang digunakan)
Bahan Dikisar :
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
Rempah 4 sekawan :
1.5 sm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak :
1. Ayam yang telah diperap, direbus dengan paras air menutupinya selama 10 minit.
2. Kemudian keluarkan ayam, bakar sekejap di atas pemanggang.
3. Panaskan minyak masak, minyak sapi di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan sehingga wangi.
4. Sementara itu, masukkan beras, air rebusan ayam, ayam yang telah dibakar dan bahan tumisan (bahan kisar + rempah 4 sekawan) ke dalam periuk nasi elektrik.
5. Biarkan ia masak seperti masak nasi biasa...
Nampak pun dah sedap Zarah... boleh dicuba nanti.
ReplyDeleteSilakan Fadzillah, kalau rajin buat Jelatah Timun lagi sedap tapi kak tak buat, tak sempat..
ReplyDelete