KEK PISANG
▼
Tuesday, September 4, 2018
BUBUR AYAM ALA MC DONALDS...
BUBUR AYAM ALA MC DONALDS
sumber : MyResipi.com
Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan beras (lebih kurang 250 gm)
1 1/2 inci halia ~ diketuk
2 sudu kecil serbuk pati ayam ATAU 1 kiub pati ayam
300 gm isi ayam ATAU 1/4 ekor ayam
Sedikit garam
1 liter air atau secukupnya
Hiasan :
Lada merah ~ cincang
Daun bawang & daun sup ~ cincang
Bawang goreng
Kacang tanah goreng
Telur mata kerbau (optional)
Cara Memasak :
1. Rebus ayam sehingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jangan dibuang.
2. Basuh bersih beras. Masukkan beras ke dalam periuk bersama air rebusan ayam. Masak beras sehingga kembang. Masak bubur ikut suka kelembutan yang disukai. Masukkan air sedikit demi sedikit jika perlu.
3. Bila bubur hampir masak, masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam. Sesuaikan rasanya dan tutup api.
4. Bubur bolehlah dihidangkan bersama ayam rebus tadi (carik-carik kecil), bawang goreng, lada merah dan daun bawang/sup. Titiskan sedikit dengan minyak bijan. Sedap juga dimakan dengan ikan bilis dan kacang goreng, cili jeruk dan telur masin (atau ikut citarasa)...Siap !!!
No comments:
Post a Comment